hari ketama - sabtu 05.09.09
kitorang makan buka puasa buffet style kat Taman Rinting - Is Hazara.
aku belum ada kayuh lagi, semenjak PCC Prez Ride kat Kajang aritu (baca: beskal masih belum dibasuh). kaki gatal, dan aku yakin ramai yang lain pun kaki dah tahap nak berkudis dek tak berkayuh.
maka, aku pun cadangkan kat diorang: 'malam ni kita kayuh kat bandar jb jom'.
aku tau, yang bujang2 sure tak tolak punya. Kadafi, Yad, Aaron, Tulang & Amirul on terus...
lagipun, esoknya hari Ahad, maka yang dah berbini sure takde hal sangat. Atuk, Panjang (mintak lesen kat wifey on the spot, dan dapat serta-merta), termasuk la si Borhan, Khaire Mohamed dan EG (dipaksa oleh Panjang) pun on jugak.
malam tu, janji jumpa kat RV tempat yang dulu - kat parking lot pasir kat river cruise tu.
patutnya 10:30 kat sana, tapi aku sendiri 10:30 baru nak gerak. err... pasal Yad datang rumah aku lambat... Atuk kata, 10:32 dia dah ada kat situ dah. respek gila... disiplin macam omputeh. anyway, aku rasa aku ngan Yad paling lambat sampai kot. iye lah, jam kat danga tu lagi, dengan khemah punya laa banyak umat dok bersoping untuk raya.
aku tak check pun pukul berapa kitorang start rolling. format kayuhan santai, apa nak kira sangat. 11 pengayuh mula mengayuh dalam pukul 11 lebih.
dari danga bay tu kitorang lintas ikut suka ke istana bukit serene. aku suka naik kat situ, takde banyak keta, dan terasa sejuk malam bila kayuh. dan, bila belok ke kg mohd. amin, ada downhill yang best. cuma bila nak penghujung tu akan sentiasa disergah oleh anjing kat rumah belah kiri. dari belakang aku gelak puas2 bila Yad kena sergah. huah huah...
lepas tu kitorang naik bukit ke nong chik. sedih aku nengok rumah gomen kat situ dah kena kosongkan. tu kira area Ayah tu, masa dia sekolah kat jb suatu masa dulu. lepas tu, aku ngan Kadafi dok teka2 jalan mana yang patut diambik untuk layan turun bukit sambil kona kona. Jalan Petri? Jalan Abdul Samad? Panjang dah suggest jalan petri, tapi aku dengan konfidennya rasa kena ikut jalan abdul samad. maka beramai-ramai layan jalan abdul samad. eeiihhhh... apesal macam pendek dan tak best je turun bukit? salah jalan rupanya. patutnya amik jalan petri. takpe, laen kali aje lah nampaknya.
hala ke arah hutan bandar, kitorang amik kiri kat simpang empat kat situ - arah ke landmark mall melalui skolah sigs, star dan saujana (rumah menteri besar). saja je aku plan lalu kat situ. tak banyak keta, dan aku rasa tak ramai yg penah lalu kat situ (atau tau wujudnya tempat tu pun). hasrat aku, untuk layan keadaan kat area tu. tapi, budak2 ni bila dah dapat turun bukit, apa nak kira pemandangan ke hapa... bedesup turun sekor2. lantak le. stop kejap kat landmark mall, pastu ke stulang laut melalui ring road - panjat kat sebelah danga city mall tu. habis kayuhan hari ketama, maka tibalah hari kedua.
hari kedua - ahad 06.09.09
dah sampai stulang laut, lepak jap kat tepi laut sambil kunyah tauhu bakar. sedap gak tauhu bakar brader ni. tambah sedap sebab EG yang belanja. dah lepas tu, kayuh terus menuju ke 'uptown jb'. aku dah penah lalu ikut short cut kat menara sarawak/blue wave hotel, maka aku lead lah rider2 lain ke sana, siap naik tangga, turun tangga. off saddle, jalan2 tengok barang old skool kat pasar tengah malam tu. menarik... aku hampir terbeli sarung tangan muslimah bercetak tattoo.
macam biasa, kitorang berenti makan kat mamak kat jalan duke tu. aku dah start ngantuk dah, espesyeli lepas dah melantak mi goreng basah. tak basah sangat, tapi aku taknak komplen lah, mau kena simbah ngan sebaldi air pulak kang. alah.. lagipun dah lapar setelah sehari berkayuh kan... bedal aje le.
dah isi perut, kayuh balik ke danga bay ikut tepi laut. santai, sambil layan perut bergelodak dengan sahur bahagian pertama tadi. peloton aku ada 4-5 orang sebaris kayuh rilek2. angin pun boleh tahan jugak kuatnya. tapi aku tak rasa sangat, pasal aku dok follow Panjang yang kat depan aku. alih-alih, dalam 2 km nak habis route tu tetiba je Yad ke depan tarik kitorang, speeding. takkan aku nak tinggal sorang2 layan headwind kan. maka aku pun power up je lah, layankan ekselerasi tu. amik kau... sampai kat parking lot tu mencungap-cungap sekor2. yang si Yad pulak, lepas dia tarik tu dia ke belakang balik. hampeh... penat gile.
maka berakhirlah kayuhan 2 hari, pada lebih kurang pukul 2 pagi (kot).
kayuhan agak puas lah. sebab masing2 semua dah gian nak kayuh. kayuhan tak dirancang, tapi sambutan bagus - tak berapa ramai, dan tak jugak sikit. aku tertinggal 2 nama malam tu. patutnya ajak Helmy ngan Malik sekali. mintak maaf la bros, kayuhan tak dirancang.
tiada gambar diambil oleh penulis kerna kamera tidak dibawa demi untuk meringankan beban semasa berkayuh.
ahahaha... best2...
ReplyDeletesangat syok berkayuh itu malam. so.. pd sape2 yg ter atau mmg membaca entry bro akmal ni.. aku ada cadang nak buat pra-raya night ride on 13/9 plak.. last sebelum raya.. further info.. nnt aku kasi tau ..