Pages

Wednesday, 26 May 2010

RTW 26.05.2010 - laluan asal dan hensem di pejabat

Alhamdulillah, minggu ni dapat lagi peluang berkayuh ke tempat kerja.
 
Pukul 6.30 pagi Umar dah bangun tersenyum-senyum kelat dengan bau masyam dia tu. Maka, mintak tolong Mak hantarkan Umar ke rumah babysitter, sebab memang pagi ni dah sedia nak berkayuh ke pejabat. Sebenarnya, dah sedia dari kelmarin lagi tapi tak kesampaian nak berkayuh semalam.
 
Hari ini aku dah pasang niat awal-awal untuk kayuh ikut laluan asal, seperti masa aku mula RTW. Berbukit sikit (sikit aje pun, tapi mengah lah juga), dan terasa jauh. Bukan apa, sebab pagi ni aku berjaya keluar dari pintu pagar rumah sebelum pukul 7. Jadi, kena manfaatkanlah.
 
Laluan asal ni adalah laluan yang selamat, sebab tak ikut jalan utama. Maka, tak banyak kenderaan yang ditemui sepanjang perjalanan. Tapi cabarannya ialah beberapa bukit, turun dan naik. Mula-mula bukit dari Seri Alam kawasan Suria tu nak ke belakang Balai Polis Masai, kiranya masuk ke Kg Baru Masai lah. Selepas dari Balai Polis tu turun bukit dan naik semula satu bukit menuju ke sekolah rendah. Lepas tu aku ikut jalan kat belakang Stesen Bas Masai. Naik satu bukit lagi kat sebelah stesen minyak Esso. Lepas tu jalan rata menuju Kip Mart Masai. Aku tak daya nak layan bukit lagi dah, pintas secara selamba depan Pak Pengawal di Kip Mart tu. Terus berkayuh ke Taman Bukit Dahlia dan layan satu lagi bukit menuju ke lampu isyarat simpang empat Masjid Jamik Pasir Gudang.
 
Kalau nak ikutkan, sepatutnya aku tak naik bukit ke simpang empat tu. Seharusnya melintas dari Taman Bukit Dahlia tuju ke Taman Mawar dan susur ke Sekolah Menengah Taman Mawar. Dek terbiasa, maka aku turunkan gear dan terus aje kayuh konsisten naik ke simpang empat tu. Boleh dikatakan konsisten, sebab bila aku jeling-jeling meter, ada lah dalam 20.4km/h. Kaki tak rasa sakit, jantung pun rasa tak terlalu kencang. Zikir jadi peneman untuk breath pacing, dan aku sampai ke atas tidak terlalu penat (penat tetap penat laa bang).
 
Aku sampai kat pejabat awal, dan boleh mandi-manda kat shower room dalam tandas dengan santai (taaakk, takde main-main buih bagai...).
 
Sekarang ni aku dah mula berpakaian hensem kat pejabat walaupun pergi kerja berkayuh. Pihak korporat dah tak benarkan pakai kemeja-t berkolar. Tiada masalah, sebenarnya, sebab masih boleh dipakai, tapi dengan berjaket di luar. Tapi tak apa lah, lagipun aku nak juga buktikan pada diri sendiri, masih boleh berkemeja di pejabat walaupun berkayuh. Orang lain boleh buat, aku pun boleh juga. Tak sesusah mana, sebenarnya. Cuma lagi hebat kalau dapat berkemeja dari rumah dan kayuh ke pejabat.
 
Tak, tak mungkin. Melainkan Pasir Gudang dah tak ada asap, dan badan aku tak berpeluh sakan masa berkayuh.
Jugak, kalau aku konsisten keluar dari rumah pukul 6.30 pagi. Bila lah tu...
 
Stats today:
Out from home

0654

 hours
Arrive office

0732

 hours
Door-to-door

38

 mins
Ride time

35'12"

 
Distance 12.46  km
Ave. speed 21.1  km/h
Max speed 40.0  km/h
Odometer 4161.6  km
Good doggies 1  
Mode laluan asal,  knobbies

Terima kasih sudi berkunjung.

No comments:

Post a Comment