Pages

Tuesday, 15 June 2010

RTW 14.06.2010 - edisi cuti sekolah

Ini cerita pagi semalam, Isnin 14 Jun 2010.
 
Bangun pagi, mandi, capai jersi (itu yang ternampak, antara timbunan baju kering di atas lantai), solat subuh.
Pastu takde pikir-pikir panjang (jersi pun dah tersarung), aku pasang niat terus nak kayuh ke ofis pagi ni.
 
Gedebuk gedebak, 7:08 pagi aku keluar dari rumah. Tak seawal yang dikehendaki, tapi tak juga lambat.
 
Nyaman! Itulah yang aku rasa sebaik berkayuh dalam 100 meter pertama. Mana taknya, dah siap mandi pagi tadi. Lepas tu kat badan pulak takde bag tersangkut kat belakang. Dah tu aku putuskan untuk berkayuh santai pagi ni. Kalau nak kirakan, masa cuma cukup2 aje untuk sampai ke pejabat. Takpe lah, aku nak nikmati kayuhan pagi ini.
 
Tak laju; sebab tiada apa nak dikejar. Disebabkan masih lagi cuti sekolah, jalan pun agak lengang dari biasa. Mungkin juga ada yang sambung bercuti dari hujung minggu. Mungkin juga ramai yang bercadang nak ambik cuti separuh hari dek terlajak tidur gara-gara bersengkang mata demi Piala Dunia awal-awal pagi tadi.
 
Aku melalui jalan besar sepenuhnya pagi ini, tiada jalan pintas diambil. Sampai di pejabat 7:42 pagi. Hmmm... laju juga rupanya. 34 minit kayuhan santai, walaupun jarak kayuhan lebih dari biasa. Mungkin kerana laluan yang tiada banyak berbelok (dan tiada berbukit).
 
Esok, bagaimana? Kayuh lagi? Tak tahu lagi, kena tengok firasat awal pagi esok. Syok juga layan nyaman dan hening pagi. Kalau dapat keluar lebih awal, lagi cun.
InsyaAllah.
 
Hehehh...
 
Stats today:
Out from home

0708

hours
Arrive office

0742

hours
Door-to-door

34

mins
Ride time

32'11"

 
Distance

12.81

km
Ave. speed

24

km/h
Max speed

38.5

km/h
Odometer

4318.2

km
Good doggies

0

 
Mode

slicks

,road route
 
Terima kasih sudi berkunjung.
 
Nota kaki: pagi ini ke pejabat berkereta. Esok, mungkin berbasikal lagi, insyaAllah... Jom!

No comments:

Post a Comment