bila mau sampai weh?
Tengah menunggu satu lagi barang untuk projek terbaru. Barang yang agak penting, yang mana dengan ketiadaan barang itu, projek jadi tergendala. Mana tidaknya; tayar depan, brek depan, stem serta handlebar (dan komponen yang bertenggek padanya) tak boleh nak dipasang tanpa 'sepit udang' dipasang terlebih dulu. Agak menyeksakan, tapi menarik juga mengukur tahap kesabaran. Tapi bila difikirkan semula, tulisan ini semacam suatu tempat untuk melelaskan seksa menahan sabar. Hmmmpphhh...
Beberapa bulan kebelakangan ini aku berdikit-dikit mengumpul barang-barang yang perlu untuk projek itu. Dengan peruntukan kewangan yang agak sempit, aku intai-intai mana-mana komponen terpakai yang agak murah dari BBS. Setakat ini, tidak menghampakan. Satu demi satu barangnya sampai. Ada juga yang dibeli dari kawan-kawan, kualiti dan kondisi barang tak sepadan dengan harga yang dibayar - barang baik, tetapi murah! Terima kasih untuk itu.
Sudah menjadi lumrah agaknya, barang murah dapatnya lambat. Tapi tak apa, projek ini pun projek sampingan. Tidak perlu terburu-buru. Aku pun sudah maklum dengan projek yang bisa menjadi tergendala bila komponen yang perlu tak cukup. Perasaannya lebih menyeksakan. Tambahan dengan kesempitan ruang untuk projek pemasangan, maka lebih baiklah kalau kesemua komponen dan alatan yang diperlukan siap dan cukup.
Satu lagi yang paling penting: masa. Rasa-rasanya macam tak ada. Bukan tak ada, tapi tak cukup. Kebiasaan aku, biarlah projek yang seperti ini bermula dan berakhir sekaligus. Tak perlu nak berkemas berkali-kali. Perlukah aku bercuti sehari untuk itu? Mungkin. Sesuai jika semasa hari bekerja. Semasa tiada orang di rumah. Semasa tiada gangguan. Projek yang lepas-lepas aku buat tanpa perancangan, dan terburu-buru. Memanglah puas, bila siap di depan mata. Tapi masa tu mata pun dah tak larat nak dibiar terbuka walhal dalam beberapa jam saja selepas tu nak kena bersiap untuk pergi kerja!
Ramadhan bakal menjelang, kalau cukup umur aku untuk itu insyaAllah. Kalaupun projek siap sekarang ni, tak tentu lagi aku boleh nikmati hasilnya dengan puas. Tapi tak apalah, untuk itu kena tunggu dan lihat. Aku yakin ramai yang gatal kaki bilamana hujung minggu tak dapat nak berkayuh di denai, ladang getah dan kebun sawit. Mungkin ada perancangan untuk berkayuh selepas tarawih. Mungkin...
Untuk masa sekarang ini, aku sabar menunggu semanggang dari utara. Harap-harap esok tiba, lalu aku pohon cuti dari ketua...
:)
Terima kasih sudi berkunjung.
Semoga selamat sentiasa.
kena sabar menanti teww.. uhuhu
ReplyDeleteen_me,
ReplyDeleteMENYIKSAKAN! Esok lusa sampailah tu, insyaAllah.
:P