Pages

Thursday, 18 November 2010

GA MTB Ride 2011 - 30.01.2011

Tahun depan punya cerita...
Ia akan kembali!
 
Aku turut serta kayuhan ni sebagai pembuka tirai untuk kayuhan luar kawasan tahun ini, tapi masa tu namanya GA Fun Ride (GA = Gugusan Adela). Memang cun, aku enjoy sangat masa tu.
 
Masih terlalu awal, tak tahu apa inti cerita untuk kayuhan anjuran untuk edisi kedua ini. Yang nyatanya, akan ada perubahan lah, melihatkan dari yuran penyertaannya. Kali ini RM40, berbanding RM10. Tapi tak boleh lah nak harapkan sampai 4 kali ganda lebih best (atau bukit 4 kali ganda tinggi, jarak 4 kali ganda jauh), kan? Jarak kayuhan 50 km, up 25% dari yang pertama. Harga nasik ayam takkan naik tinggi macam tu kan. Ni aku saspek disebabkan ada bagi t-shirt, goodies, medal dan cabutan bertuah (eh, tahun lepas pun ada) Maknanya penganjuran dah up siket lah. Yang penting, trail mantap. Aku yakin diorang buat lebih baik dari yang lepas.
 
Tarikh tutup penyertaan 31.12.2010. Ada masa lagi ni, nak kumpul $. Sehari singgit, insyaAllah cukup siap ada belen lagi, sikit-sikit tu.
 
Apa-apa pun, aku memang teruja untuk turut serta insyaAllah. Dan aku yakin, kali ni ramai lagi yang akan turun ke Gugusan Adela. Dengar-dengar Tinker Juarez pun dah kontek Joni dah tu, tempah nombor plet dengan nak bukak gerai mihun.
 
Ayoh!
 
Lawat sini: http://gamtbride2011.blogspot.com untuk maklumat mutakhir.

No comments:

Post a Comment