Pages

Thursday, 9 December 2010

07.12.2010 - Skudai Trail Offroad Edisi Awal Muharram 1432H

Zul melayan Plastic Cup, dengan fullsus barunya
 
Awal Muharram 1432H, rakyat Johor bercuti.
 
Aku gantung basikal kat kereta (rak cap ayam kat belakang aje), dan memandu menuju ke Skudai. Sepatutnya berkumpul 7.00 pagi (awal banget!), tapi aku pukul 7.00 tu baru nak hidupkan enjin memulakan perjalanan (pemanduan), dan aku hantar SMS pada Ijat si tuan tanah Skudai Trail, bagitau on the way dah... (dah masuk kereta, kira dah on the way lah tu).
:)
 
Ramai rupanya yang ada, untuk kayuhan pagi tu. Aku ingatkan cuma bertiga - aku, Ijat & Azam. Tujuh kesemuanya: Aku, Ijat, Azam, Haziq, Hafiz, Faidi & Zul. I like. Dalam masa yang sama, segan juga pasal sampai lambat.
 
Cuaca pagi tu memang bagus, alhamdulillah. Redup aje, dan tak ada tanda-tanda akan hujan.
 
Kitorang kayuh kat lingkaran luar dulu melalui projek terbengkalai, dan tak lama lepas tu dah sampai ke permulaan singletrack. Mula-mula sekali, Ijat ajak masuk ke Plastic Cup trail...
 
Mula masuk ke Plastic Cup, terdetik di hati bagai di alam yang lain. Dengan cuaca yang redup, ditambah rimbunan pohon getah tua, suasana di dalamnya sepanjang denai terasa nyaman dan segar. Ianya agak teknikal, tetapi boleh dikayuh jika cukup skill (bukan aku lah tu). Tak kurang mencabar juga, dengan laluan turun dan juga datar yang bersimpang siur. Aku suka bahagian cerunan turun beralun. Memang syok layan.
 
Habis Plastic Cup, keluar dan balik semula ke permulaan tadi, lepas tu sambung pulak ke Denai. Yang ni pun aku suka, pasal ada technical climbing. Dah tu disaji pulak dengan Drop Zone. Aku tak turun, cuma ambil laluan pintas sebab kat bawah tu ada lecak - tak nak kotorkan basikal (konon...). Pengakhir Denai: ada satu cenuram agak tinggi juga. Kalau aku tak cuba turun, tak best lah kan, datang dari jauh tapi tak cuba. Maka aku turun lah... Rasa macam laju aje, tapi tak tau lah kalau sebenarnya nampak perlahan.
 
Dah tu kitorang lalu Double Trouble. Aku pun tak berapa ingat, tapi ada lah juga lalu lereng-lereng bukit. Kat tepi semacam gaung, cuak juga kayuh singletrack tu.
 
Keseluruhannya aku suka dan akan datang berkunjung lagi ke sana kalau ada peluang, insyaAllah. Ada macam-macam, kebanyakannya teknikal, dihidang dalam pakej yang padat - kurang dari 10 km panjangnya. Ada juga beberapa laluan fast singletrack untuk pelesit-pelesit membesit. Tahniah dan terima kasih untuk Ijat, Azam dan orang Skudai (pemotong getah) kerana meneroka denai kat kawasan tu, dan sudi bawak aku kayuh sama.
 
Gambar apa yang ada, di sini.

No comments:

Post a Comment