Pages

Friday, 4 February 2011

30.01.2011 - GA MTB Ride 2011

lemak berkrim
 
Memang ditunggu-tunggu acara ini. Pertamanya sebab tahun lepas ianya bagus dari banyak aspek. Keduanya, sebab rasa macam akan dianjurkan dengan lebih bagus. Ketiganya, pengayuh tempatan sebaiknya meriahkan acara tempatan lah kan.
 
Maka, bila pendaftaran dibuka aku dengan cargasnya kumpulkan borang dan hantar untuk mendaftar. Hasilnya, kami berlima didaftarkan dari nombor 003 hingga 007. Nak dikobar'an somangek eh tu. Haa...
 
Tapinya, Gugusan Adela ni taklah berapa dekatnya pun dari Masai. Melainkan jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang sedang dalam pembinaan ni siap sepenuhnya (setakat ni basikal boleh lalu dah). Tahun depan dah boleh dah tu, insyaAllah. Oleh itu, aku, Yad dan Kadafi menumpang bermalam di rumah mertua rakan pejabat, Rizal, di Felda Air Tawar 3. Dekat sikit dengan Adela tu. Terima kasih ye.
 
Tidur malam agak terganggu, sebab terdengar hujan lebat berselang seli dengan renyai-renyai di luar. Hmmppphhh... terbayang trek yang basah berlumpur lecak. Pagi tu, lepas sarapan kitorang tuju ke Adela dalam hujan.
 
Sampai di tempat mula, parkir dah penuh, mujur terjumpa tempat yang agak baik dan ada kawasan teduh untuk pasang basikal masing-masing. Termangu jugak aku sekejap dalam kereta. Nak kayuh ke tidak? BOLEH kayuh ke tidak? Hujan makin lebat. Keputusan: kayuh. Dah tiba harinya, dah sampai pun tempatnya. Lagipun, bila lagi nak berjambori basikal dalam hujan, kan?
 
Alhamdulillah, tepat 8.30 pagi semasa kayuh mula, hujan dah reda. Kami pun kayuh beramai-ramai ke CP1.
 
Kayuhan terhenti di kilometer ke-4. Ada gaung punya la tinggi, dan bertiti. Dengan licinnya lagi. Pada aku, lebih senang kalau bersama-sama berkerjasama buat rantaian manusia untuk menyeberang. Ada jugaklah inisiatif untuk itu dan berkat kerjasama, kerja jadi mudah. Macam wonderpet.
 
Aku tak ingat dengan terperinci tentang kayuhan ni. Tapi ada beberapa yang aku boleh highlight kat sini (tidak mengikut apa-apa turutan):
 
1. Downhill lepas CP2 memang terbaek. Aku enjoy gila turun tu.
2. Aku dah tak larat nak kira berapa banyak titi nak kena lepas. Lebih banyak dari tahun lepas, dan semestinya kali ini bukan 100% laluan boleh dikayuh.
3. Laluan kali ini berbeza dari tahun lepas.
4. Sepanjang 44 km (ikut meter aku), berkayuh dalam hujan. Ada hujan renyai, lebat, tapi alhamdulillah ribut tak ada. Memang seronok sebenarnya kayuh dalam hujan ni - tak berapa penat sangat, dan bila kayuh kat kawasan terbuka tu tak panas :)
5. Aku tak berhenti berkayuh sebab nak kejarkan masa. Berhenti kat CP pun sekadar makan pisang sebijik, dan minum air.
6. Dah lumrah kayuh dalam hujan, pelapik brek (brake pad) pasti haus. Aku terpaksa berhenti agak lama untuk tukar pelapik brek depan (memang dibawa sepasang untuk gantian semasa kecemasan). Bila sampai kat rumah, diperiksa brek belakang, dah  habis kena makan dah - sampaikan besi pemegang pelapik tu pun dah separuh habis. Padanlah masa tengah kayuh, brek bunyi bising menjerit-jerit bila digunakan.
7. Aku tak dapat apa-apa hadiah cabutan bertuah.
8. Aku sempat habiskan semua CP, sampai ke tempat mula/akhir pukul 1.40 petang.
9. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah mekanikal mahupun kebocoran tiub, melainkan brek tu aje lah.
10. Aku cuma isi lebih kurang 500ml aje kantung air dalam beg galas. Itupun ada lebihan lagi.
11. Agak hampa sebab laluan teknikal buatan di tangki air tak dimasukkan dalam kayuhan kali ini.
12. Meter aku catat cuma 44 km, tapi penganjur umumkan kayuhan 50 km. Takpelah, aku pun tak larat juga nak kayuh lebih-lebih.
13. Sepertiga kayuhan boleh dikatakan di dalam 'sungai'. Bagus juga, sebab basikal aku macam dibasuh bersih selepas selesai berkayuh walaupun aku tak ada sental sikit pun. Aku suka sangat pasal ni.
14. Banyak kali aku melayan krem. Iyelah, cuaca sejuk. Kayuh aje putaran tinggi buatkan ia reda. Alhamdulillah, takdelah teruk sampaikan tak boleh nak kayuh.
15. Aku tak demam, dan datang juga ke pejabat keesokan harinya. Alhamdulillah. Tapi sehari lepas tu, kaki, badan semua sakit-sakit.
16. Ada sekali aku terhumban ke depan dengan cantiknya bila aku turun bukit yang kecil. Tayar depan tersangkut dalam lumpur. Alhamdulillah, tak ada apa-apa kecederaan. Tapi tak syok la, ada sorang pengayuh di belakang nampak aku tergedebab. Musti dia tergamam tengok aksi akrobatik camtu.
17. Pelajaran dari Epic Bash 2010, aku bawak pelincir rantai. Selepas rantai bersih dari lumpur, aku lumurkan pelincir untuk elakkan drivetrain dari haus terkakis dan memastikan aku berkayuh sambil tersenyum.
 
Secara keseluruhannya, kayuhan kali ini agak istimewa. Tak pernah aku kayuh jauh-jauh (dan lama) dalam hujan dan 'sungai'. Lain kali aku bawak bekal pelapik brek banyak-banyak, boleh jual kat tengah-tengah laluan kalau kayuhan tu dalam hujan. Apa pun, penganjur aku nampak dah lakukan yang terbaik. Memang teratur. Tak pernah aku tersasar dari laluan, hasil dari penanda laluan yang besar dan jelas.
 
Cuma, ada banyak titi yang membuatkan pengayuh terpaksa berhenti berkayuh. Kalau tengah melayan krem, memang terpaksa kejang otot kat situ juga. Tapi nak buat macamana, dah laluannya macam tu, kan. Yang bagusnya, titi tu takde yang dah roboh bila aku lalu. Cukup kuat.
 
Tahun depan kalau GACC anjurkan lagi, insyaAllah aku jadi orang yang pertama mendaftar. Syabas pada penganjur, dan pengayuh yang datang mengayuh kat Adela tu.
 
Gambar yang sempat aku rakam: di sini.
 

3 comments:

  1. huhuhu..brake aku pon totally worn out bro..bile nengok ko tgh tukar brake pad..baru le padan dgn muka aku..x bawa spare..
    betul la lain kali kena bawa lubricant utk rantai..
    tp enjoy..best2

    ReplyDelete
  2. hi.. honestly, sejak sy jumpa blog ni, terus rasa jatuh cinta.. u're a great writer.. anyway.. agree with u that GA MTB Ride mmg best eh.. & i ws luckier than u sbb dpt helmet ms lucky draw tu.. hee.. sompek ko poie jemputan kawen lopeh ride aritu?? heeee...

    ReplyDelete
  3. Wahid,
    yes, aku pun terasa enjoy ride kali ni. tapi kalau tak tukar brake pad tu, mau murung sepanjang berkayuh tu.

    Anon.,
    err... jatuh cinta pada mtb, harapnya.
    good for you, dah ada helmet spare. satu utk offroad, satu lagi utk night ride. amacam?
    jemputan majlis bertunang, actually. sempat gak le, cos lepas asar. sempat datang makan.
    :)

    ReplyDelete