akmal's bike park

akmal's bike park

Sunday, 5 September 2010

Plentong Epic Ride is back - 28 November 2010

Aku jarang sangat singgah kat facebook. Tapi setiap notification memang aku terima lah kat kotak email aku. Baru sekejap tadi aku check email, ada ini:

Hi Guys & Gals,


We are pleased to announce that the epic ride is back this year!! and the date has been fixed on 28 NOV 2010....mark it down on the calendar and prepare for the epic...

Further info will be update soon...

Cheers,
David
Cyclemotion Johor Bahru

Ada seperkara yang pasti: susah nak dapat lesen untuk turut serta pada hari itu. Tarikh tu tarikh ulangtahun kesebelas perkahwinan aku dengan isteri pertama. Berani mau buat-buat tak tau? Maunya tak dapat lesen untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang, dan jadi kes reference nanti. Jangan buat pasal...

Macamana pun, aku cuba untuk turut serta dalam hal-hal bantuan di sebalik tabir lah, macam tahun lepas. Pada aku local riders (yang dah selalu turun belasah trail Plentong, especially) sepatutnya turun padang bantu apa yang patut. Jaga checkpoint ka, recce ka, buat trail marking ka, apa apa aje lah. Memang banyak kerja nak dibuat. Tapi kalau nak join ride tu, silakan lah. Memang best pun. Tambah pulak rider dari area JB pun dah semakin ramai sekarang ni.

Aku rasa ada trail baru yang akan diperkenalkan, terutamanya menyusuri Tasik Layang. Korang akan terasa macam kat Lake District sekejap. Itupun kalau Kapt. Neo masukkan sekali dalam trail kali ini lah. Aku tak janji... heheh...

Maka aku di sini dengan sukacitanya memanjangkan jemputan kepada kalian yang jauh dan dekat untuk datang ke Plentong dan turut serta dalam Epic Ride ini tahun.

On! On!

Dino, BC, my offer from last year is still in good standing. Amacam? Mark your calendar, bros!

3 comments:

en_me said...

datang amik gambar boleh kerr abang akmal tewww..

salamm aidilfitri maaf zahir bathin..

Akmal Hizam said...

en_me,
boleh aje.
lagi bagus kalau ada yang volunteer tembak2 gambar.
err... lepas tu jual.

KeLoLo said...

Akhi,

Kalau enta berhadapan cabaran sambutan ulang tahun perkahwinan, ana berhadapan cabaran isteri sedang sarat mengandung menunggu hari. Lagi tak berani culas. Ana terpaksa menangguh dulu pelawaan anta itu...InsyaAllah, pada dan ketika lain...