SR Suntour Epicon with remote lockout - does the job well
ziptie kat kaki kanan tu naik sampai atas - kayuhan Burung Hantu 2010
RockShox Revelation 409 100-130 Dual Air U-Turn aku menghadapi masalah. Anjal hanya setakat 30-40 mm. Apa barang macam tu, dah lah nak dibawak untuk Burung Hantu 2010. Maka Epicon 120 mm dengan remote lockout dan rebound adjust dari basikal isteri menjadi ganti.
Istimewanya, Epicon tu ada fungsi lockout. Hehehh... memang aku sangat suka. Tambah pulak kat handlebar dah banyak ruang sejak guna Matchmaker, maka tak ada masalah untuk letak remote control lockout. Seperti Revelation juga, ada fungsi rebound. Aku cuma letak setting di tengah-tengah.
Pagi Jumaat lepas, kebetulan cuti, aku buat proses pemindahan dan tanggalkan Revelation tu untuk dihantar servis (bila ma$a entah nanti). Dah siap tu, terus aku bawak untuk diuji. Hajat di hati nak masuk trail pendek jongkang jongket, tapi masa tak cukup untuk itu. Pandu-uji hanya di sekitar kawasan rumah. Boleh lah, ada drop dan cenuram dalam sekaki untuk aku uji kebolehan.
Aku isi spring angin dengan tekanan sekitar 80-100 psi. Ternyata tak menghampakan, Epicon tu sangat anjal dan fungsi lockout berjalan dengan lancar mengikut kemahuan aku. Memang aku suka betul.
Sepanjang Burung Hantu 2010 Sabtu lepas, aku guna sehabis baik lockout tu, dan aku rasa memang ia banyak membantu aku sepanjang kayuhan. Asal naik bukit aje aku lockout, atas jalan tar aku lockout, malah denai rata pun aku lockout juga. Terkadang ada masa terlupa untuk anjal bebas, tapi disebabkan remote control tu mudah dicapai maka bukan satu masalah besar walaupun sedang menurun bukit (yang tak berapa curam lah).
Dengan Epicon ni, aku suka sebab ianya ringan - berat sikiiit je dari Revelation, mengikut firasat kasar, timbang gitu gitu dengan cuma mengampai di kedua belah tangan :)
Lagi satu, dia agak anjal (plush). Aku tak berapa pasti apakah tekanan udara yang sesuai (dan patut) untuk berat badan aku 70 kg dan untuk kategori XC. Aku letak 100 psi, duduk atas basikal untuk 'sag' dalam 25%, dan biarkan aje. Aku rasa masa aku kayuh sepanjang Burung Hantu tu, memang habis 120 mm travel tu digunakan. Mungkin nak kena cuba 120 psi pulak, tengok macamana. Tapi setakat ni memang aku suka. Sekurang-kurangnya lebih baik dari Revelation tu lah.
Bukannya nak kata Epicon yang jauh lebih murah dari Revelation tu adalah lebih baik. Tidak. Revelation tu aku beli atas tangan, mungkin dah ada rosak sikit-sikit dan aku tak dapat nikmati sepenuhnya. Cuma, dengan Epicon yang murah ni pun aku dah dapat nikmati kayuhan 45 km (termasuk lebih 10 km atas jalan tar), maka di situ ada mesejnya.
Mesejnya (mungkin hanya untuk XC), Epicon does the job well. Bagaimanapun, dari segi ketahanan, mudah selenggara, dan lain-lain aspek dalam menilai sesuatu barang, belum teruji lagi.
Bukanlah aku nak kata tak perlu untuk membazir $ untuk mendapatkan fork yang mahal dari RockShox, Fox, Marzocchi, Manitou, Magura dan lain-lain lagi. Ada kelebihan masing-masing, dan dari aspek yang berbeza. Aku pun tak berpeluang untuk mencuba yang lain-lain tu lagi setakat ini. Maka, aku bukan di posisi untuk membanding.
Natijahnya, Epicon yang ada di basikal aku sekarang ni, sudah cukup untuk aku berkayuh XC.
Alhamdulillah.
Nak juga aku cuba SID World Cup ka, Manitou R7 MRD ka...
:)
Wow.. bagus la itu Epicon
ReplyDeleteAku ada 1 Epicon kat beskal anak beli kat Uncle ABC dgn harga RM250, 2nd hand dan perlu diservis sebab ada knocking masa ride. Kalau ada tpt yg berkaliber sila maklumkan ye.
Dino,
ReplyDeleteOh, yes. And yours at RM250 is a steal.
Tak nak try bukak DIY sendiri?
;)