akmal's bike park

akmal's bike park

Tuesday 19 May 2009

Biking Reunites

Cerita dia macam ni:

1. Shahriman budak Bandar Tasik Puteri (BTP) balik dari US lepas kerja kejap kat sana.
2. Shahriman bawak balik (musti la...) frame beskal baek punya - Marin East Peak Quad XC 08. Gile panjang nama...
3. BC Kelolo pegi rumah Shahriman tengok frame.
4. Borak-borak, BC tunjuk gambaq bash #176 kat Shahriman.
5. 16 May 5 petang waktu Malaysia Barat, terima panggilan dari BC. Aitt.. apahal la pulak tu... Pastu dok tanya aku penah kerja kat MESB, MMHE ke tak. Konfius. Cek2 balik, suara mmg suara BC, nombor mmg nombor BC. BC kerja part time jadi inspektor polis ke?
6. Rupanya talian BC jadi talian jejak sahabat.
7. Shahriman penah kerja dgn vendor oil & gas, dan kitorang penah involve satu projek dalam tiga tahun lepas.
8. Sebelum tu pun aku penah jumpa dengan Shahriman masa kerja kat MESB, main badminton dgn member dia, Shamsul BV.
9. Shamsul BV tu pulak kerja satu kampeni dengan Azmi.
10. Azmi sekarang ni dikenali dengan nama Wak Labeb.
11. Azmi pun dok kat BTP.
12. Masa 4-5 tahun lepas Azmi kerja kat ofis BV kat KL, dia terjebak dgn mtb.
13. Sesekali bila dia dtg inspection kat ofis MESB tu, hebat gak tgk ada Thule roof rack atas Wira dia (tu baru tengok rack tu...).
14. Bila aku ceburkan diri dgn mtb ni, aku tau Azmi pasti masih berkecimpung dgn mtb. Sesekali ada gak nampak muka dia kat blog tah mana mana tah aku pun tak ingat.
15. Semalam aku borak lama gak dgn Shahriman.
16. Hari ni aku tgk kat blog BC, ada Wak Labeb tinggalkan mesej kat shoutbox.
17. Terima kasih untuk BC sebab jadi link untuk aku dan dua rakan nih.
18. Apa cerita dengan Shamsul BV? Haha... aku jumpa dia masa aku kayuh BFW (back from work) satu petang Jumaat yang damai. Laluan BFW aku tu mmg betul2 depan rumah dia.
19. Dok layan turun bukit, terdengar suara garau kuat yang familiar. Sah sah la si Shamsul BV. Maka aku pun patah balik, borak2 lebih kurang dan hapdet nomor hp masing2.
20. Shahriman, Wak Labeb, kita racun Shamsul soh kayuh mtb jom. Kat PPM Melaka tu pun ada kaum gak kalau dia nak join.

Dunia ni kecik. Dunia beskal lagi laa kecik. Melalui berbasikal, sekurang kurangnya dah tiga orang reunited.
Korang, kalu dtg JB, kita ride sama2 insyaAllah.

2 comments:

BC Kelolo said...

Kerna basikal juga...dua insan yang tak pernah mengenali, jadi akrab dan terasa seperti long lost saudara yang sekian lama tak jumpa...Semoga silaturrahim dan ukhuwwah terjalin kukuh...Amiinnnn

mie said...

Wak Labeb ni nama glamer masa blajo dulu..
Akmal, Kita cuma blom ada jodoh nak jumpa lagi jer..
Nanti bila datang KL lagi, kalu mau ride calling2 ler, 019-3852314 insallah kalu masa tu menizinkan ..