akmal's bike park

akmal's bike park

Monday, 8 November 2010

07.11.2010 - Seri Alam offroad - Epicon!

Tak ramai yang turun kat Kafe Ruza pagi semalam. Lepas sarapan, lagi sikit pukul 9, kitorang gerak bertujuh. Ok lah tu.
 
Dari 7 tu, 3 basikal guna Epicon siap dengan lockout remote control. 1 lagi XCR (SR Suntour jugak tu) pun ada remote control juga. 3 lagi RockShox apa tah, tak berapa ambik tau sangat.
 
Sepanjang kayuhan, memang rider-rider Epicon kat depan aje manjang. Naik bukit pun iya, turun bukit pun iya, flat section pun iya jugak. Toleh-toleh belakang, rider lain dah tertinggal dah. Terpaksa kitorang tunggu kejap.
 
Banyak kali jugak ride leader yang guna RockShox dan berGPS asek-asek suruh patah balik. Bila dah macam tu, rider Epicon automatik jadi sweeper lah kan, kat belakang pulak. Lantas rider-rider Epicon mencium bau konspirasi dari rider-rider RockShox. Tapi macamana pun, rider-rider Epicon tetap di hadapan semula, tanpa disedari menyelinap di celah-celah rider-rider RockShox. Naik Bukit Anjing pun siap boleh lumba lagi tu.
 
Ada ura-ura akan ditubuhkan Kelab Pemilik Epicon.
Berbagai aktiviti dah dirancang, termasuk rumah kelab, sticker (untuk kereta, fork, helmet, dahi), t-shirt, pertandingan pimp your Epicon, klinik selok-belok Epicon, lawatan ke kilang, mesyuarat agung tahunan berserta lucky draw, dan macam-macam lagi.
 
Amacam, berminat?
Dapat Epicon dulu, brader.
 
p/s: Nombor ahli dari 0001 hingga 0003 kitorang dah reserve.

4 comments:

Unknown said...

alamak rugi la aku dah jual epicon...klu x blh join the club...

Anonymous said...

saya berminat nak menjadi ahli. Bagaimanakah caranya?

lond,
seri alam, jb

kadafi said...

haha terbaik. teh tarik session dekat yard.. sekali sekala..

akmalhizam said...

Joni,
Kalau guna fork lain pun boleh, tapi kena buang stiker, ganti dengan Epicon. Keahlian cuma associate member, bukan full membership.
:P

Lond,
Bukan ke kau dok kat Permas?

Dafi/Pres.,
Cadangan diterima. Bila boleh start cari ahli jawatankuasa?
:)