akmal's bike park

akmal's bike park

Monday, 9 August 2010

RTW 09.08.2010 - Mendung Tak Berarti Hujan

gambar sekadar hiasan
 
Mendung tak berarti hujaaaannnnn
Anggaplah itu satu choooba'aaaannnn...
 
Memang cubaan sungguh. Rasa macam time trial aje pagi tadi.
Kereta takde pagi tadi. Mak guna untuk hantar Akak & Byron ke airport. Naza angkut Marsya & Adam pegi sekolah.
 
Alhamdulillah, aku sempat basuh lebih kurang tengahari semalam, lepas ride offroad. Tapi tayar bijik bijik tu tak bertukar, dan tak dipam semula untuk kegunaan di jalanraya.
 
Sepanjang perjalanan, kayuhan agak pantas (perasan aku lah). Dek tayar yang berat dari biasa, ditambah dengan angin yang kurang, geraknya tak lah selaju mana. Fuhh! Azab juga mendengarnya, bunyik derapan tayar mencengkam jalan. Nasib le, penangan kayuhan yang tak berapa terancang.
 
Ada dua sebab aku agak terkejar-kejar pagi tadi:
1. Keluar rumah dah lambat, sebab pagi tadi baru nak tenggekkan PakRak dan beg kat seatpost buat mengangkut sepersalinan untuk pakaian di pejabat.
2. Awan mendung sepanjang jalan, dengan deruan angin yang semacam menggertak untuk menggugurkan butiran air (dan rahmat) bila-bila masa aje.
 
Dan, ada beberapa faktor yang membuatkan aku keciciran masa:
1. Beli karipap singgit, dan nasik goreng kampung taruk telur goreng kat tepi jalan untuk sarapan.
2. Kesemua lampu trafik tak bagi can. Merah aje memanjang.
 
Maka, aku tak ada pilihan lain dah, melainkan untuk (mencuba) mengejar masa. Ternyata aku kalah. Tapi alhamdulillah, sampai ke petang tak hujan pun. Dan aku rasa kalau tidak kerana gertakan alam tadi, maunya pukul 8 baru aku sampai ke pejabat...
 
Serius beb, angin tayar untuk on road kena kasik kaw-kaw siket. Biasa paling cikai pun gua pakai knobbies takde lah seteruk pagi ni. 40 minit tuuu! Itupun dah habis perah dah tu.
 
Mendung tak berarti hujaaaaann...
Anggaplah itu satu dorongaannn...
 
Stats:
Out from home

0710

 hours
Arrive office

00750

 hours
Door-to-door

40

 mins
Ride time

34'19"

 
Distance 12.53  km
Ave. speed 21.9  km/h
Max speed 36.5  km/h
Odometer 4901.1  km
Good doggies 0  
Mode

knobbies,

 low pressure
 
Terima kasih sudi menjenguk.
Semoga Ramadhan kita diberkati.
Err... RTW, kita?
InsyaAllah, andai diizinkan.

No comments: