akmal's bike park

akmal's bike park

Monday, 21 March 2011

RTW 21.03.2011 SS48/11

Bukan sebab nak kaki jadi kuat.
Bukan untuk menyelam perasaan seorang fixie.
Walau berseluar 3/4 pagi tadi.
Bukan juga berkayuh di trek.
 
Kaki aku masih juga tak kuat.
Aku masih pakai helmet.
Pada batang handle masih ada tuas brek.
Di kiri dan kanan,
untuk hadapan dan belakang.
 
Perewel masih hidup.
Gear di belakang masih sembilan.
Gear di hadapan masih tiga.
 
Cuma jari jemari tidak menukar gear.
Kenapa?
 
Bukan untuk laju.
Malah, masih tak selaju
bilamana tayar berbunga ketul.
 
Saja aje.
Nak ukur kemampuan,
kederat yang ada.
Kekadang kalau tak dikerah,
'kan jadi longlai.
Kalau tak diperah,
bisa jadi lunyai.
 
Jadi apa hasilnya?
 
Dari titik mula,
Gear di hadapan empat delapan
Di belakang sebelas.
Kaki sentiasa mengilas.
 
Dua bukit di perjalanan.
Satu diratah dek momentum ditatang.
Satu tak kesampaian,
tatkala dua meter lagi ke puncak.
 
Apa rasanya?
 
Puas, noktah.
 
Stats for today:
Out from home
0710
 hours
Arrive office
0738
 hours
Door-to-door
28
 mins
Ride time
25' 41"
 
Distance
10.3
 km
Ave. speed
24.0
 km/h
Max speed
36.5
 km/h
Odometer
6882.7
 km
Good doggies
0
 
Mode
tesco + L route
 Yukon, slicks, SS48/11 gear
 
Terima kasih sudi berkunjung.
Kayuh dengan selamat.

2 comments:

Mat_Yoe said...

salam, bro...
ingatkan salah masuk site kesusasteraan melayu dah tadi.
Anyway, nice!:)

Akmal Hizam said...

Mat_Yoe,
Terima kasih.
Hehe... sekali sekala.
Malas menulis pun iye juga.
:)