Brader Ali Tamago dah bukak kedai servis kat area Kebun Teh.
Support, jom!
Nak dikatakan kedai, tak juga lah. Ali takde jual barang apa pun kat dalam 'kedai' tu. Lebih kepada pusat servis, sebenarnya.
Semasa aku melawat haritu, borak-borak sambil dia re-build wheelset si Helmy guna truing stand Park Tool dia. Seronok juga tengok otai buat wheelbuilding ni sambil ambik tahu perkara semasa pasal basikal.
Kat dinding kedai tu bersusun banyak basikal, semua orang punya lah. Dah siap diselenggara.
Ali ni dulu kerja mekanik kat kedai basikal kat Singapura. Lama jugak lah, lebih 20 tahun. Pergi kerja dari JB ke Singapura naik basikal je. Otai tak otai tu.
Aku rasa wheelset aku tu memang nak kena hantar servis dah pun, asek lanyak je bertahun pakai. Boleh hantar kat Ali, insyaAllah.
Lokasi?
Tamago Cycling Race Shop
No. 22 Jalan Rebana
Taman Perbadanan Islam
Kebun teh
80250 Johor Bahru
Johor
No. 22 Jalan Rebana
Taman Perbadanan Islam
Kebun teh
80250 Johor Bahru
Johor
(013) 7951832
Tempatnya agak tersorok siket, jadi bila dah sampai kawasan Kebun Teh tu boleh telefon Ali agar dapat sampai ke lokasi.
No comments:
Post a Comment