akmal's bike park

akmal's bike park

Monday, 12 July 2010

11.07.2010 - Seri Alam Offroad

gambar lama. Panjang kat padang pasir, dan tapak UniKL Seri Alam.
 
Minggu lepas tak kayuh offroad.
Hari Sabtu, malamnya dah sediakan jentera dan kelengkapan untuk kayuh offroad pagi esoknya.
Semangat!
 
Pagi hari Ahad tu, aku kayuh on road untuk ke RV di Taman Scientex. Boleh lah, lagi sikit nak 10 km jaraknya. Masa kayuhan dalam 25 minit, kira macam-macam-dalam-1 lah. Jimat minyak, kurangkan carbon footprint sambil warm up dan tambah kilometer kat cyclocomputer aku. Tapi, dalam dah bersedia tu, ada juga benda yang terlupa. Kamera. Maka, tak adalah gambar untuk menghiasi cerita kayuhan kali ini.
 
Aku yang paling awal sampai kat Kafe Ruza. Terus telefon Panjang, confirmkan ada ke tidak berkayuh pagi tu. Betullah, memang ada. Cuma aku buat sejarah, pertama kali aku datang awal (tu yang aku taip entry nih...). Maka aku bersarapan dulu lah. Dua minit lepas tu Putut sampai. Dah lama jugak tak berjumpa adik si Panjang ni. Lepas dari tu baru lah nampak kelibat pengayuh lain seorang demi seorang. Menariknya kayuhan pagi semalam, ramai pengayuh-pengayuh lama Pasir Gudang turun. Haji Ali, Angah pun ada (dengan Spesh Epik rega 17 ribu nya), Putut, Atuk, Amat, aku (ehm ehm). Opismet aku, si Yad pun turun. Memang lah kat pejabat tiap-tiap hari tengok muka dia ni, tapi dah lama tak kayuh sama.
 
Kayuhan semalam agak menarik. Mula aje masuk ke Seri Alam, dah layan jongkang jongket, lepas tu pergi ke Simpang Brek Pad. Lepas tu layan dakian pendek dekat mata air, sebelum naik ke Pylon dengan mendaki Bukit Anjing. Turun dari Pylon tu, agak kureng sebab aku ikut belakang rider OKU*. So, takleh nak layan DH sangat. Lepas tu layan trail kat kebun getah yang aku dah lupa susunannya. Kitorang pergi satu tempat tu rasa macam kat New Zealand pun ada. Kitorang pergi Tasik Layang, susur kat gigi tasik tu. Masuk kali ini, dah kali kedua aku kayuh ke situ. Pemandangan memang cantik. Lagi lawa dari NZ. Kot...Tapi, memang hati tak berhenti memuji keindahan ciptaan Allah. Yang bagusnya, kawasan tu tak tercemar. Dan harap-harapnya para pengunjung, terutama yang berkayuh basikal, tak menjadi pencemar. Buangan organik takpe kalau ditinggalkan, yang plastik harap dibawak pulang bersama. Tak berat mana pun, kan?
 
*OKU? Iya, sebab lengan kiri brader tu tak berfungsi (baca: terima duit Perkeso setiap bulan). So, kira macam dia kayuh satu tangan aje lah. Mantap dak?
 
Ada dua benda yang buat kayuhan aku rasa berlainan kali ni.
 
Satu: Tayar.
Aku cuba lembikkan tayar aku, berbanding biasa. Entah berapa psi, sebab aku main lepaskan aje angin, sambil tekan-tekan dinding tayar sampai agak lembik. Tapi, tak terlalu lembik takut snakebite pulak nanti.
 
Dua: Lockout.
Aku rajin main lockout kali ini. Agak leceh sikit, pasal aku takde remote lockout. Tapi, dakian memang sedap diratah dengan lockout terpasang. Jalan rata, lagi lah... Rasa macam nak tukar aje Motion Control aku, pakai yang boleh guna RL tu... hmmm...
 
Perjalanan balik ikut padang pasir di kawasan pembinaan MRSM Seri Alam dan Universiti Kuala Lumpur cawangan Seri Alam. Dah nak siap dah, kedua-duanya tu. Kalau korang ada anak-anak yang nak masuk U atau MRSM, mintak la depa apply. Hujung minggu boleh lepak Seri Alam. Sabtu lawat diorang, Ahad kayuh dengan kitorang. Amacam? Kamera tak dibawa, maka tak boleh nak kongsi pemandangan. Takpe, lain kali insyaAllah. Masa tu dah panas terik dah, dalam pukul 1 jugak. Timing memang cantek, pasal aku memang nak kena ada kat rumah dalam masa tu sebab nak pergi kenduri kahwin.
 
Masa dok daki bukit kat padang pasir tu, aku belasah naik sorang-sorang, lepas tu tunggu yang lain kat kawasan datar sambil tengok-tengok bangunan sekolah dan universiti moden tu. Tunggu dalam 2 minit, Yad pun lalu. Tunggu 2 minit lagi, yang lain masih tak nampak kelibat. Hmm... awan putih tebal yang sedari tadi menyorokkan sang mentari dah mula beredar, maka aku pun turut sama. Tengah aku dok kayuh santai kat crusher run, ada sekor anjing dok usha aku. Semacam aje... Maka aku pun bersedia dengan lockout dan gear yang sesuai untuk memecut. Memang sah, dia nak bergurau dengan aku. Siut... tak pasal-pasal aku kena sprint, ada lah dalam 200 meter. Mencungap jugak. Lepas tu dah keluar ke jalan tar dan sambung kayuh terus ke rumah. Bila lalu kat sebelah gerai air tebu, aku buat-buat tak nampak sambil hirup udara bau tebu segar. Perhhh... bergoncang iman. Sepuluh minit lepas tu aku dah ada kat rumah dah, togok air kosong sambil bayangkan bau tebu tadi. Hmm... memang rasa sebijik macam air tebu.
 
Alhamdulillah, aku agak puas dengan kayuhan semalam. Tengok kat meter, jarak lebih kurang 30 km. Campur dengan atas tar masa nak ke RV masa paginya, total nak dekat 40 km. Boleh lah tu, buat pemanas kaki sebagai persediaan nak kayuh kat Batu Pahat Beryani Ride Ahad ni.
 
Terima kasih sudi berkunjung.
Have a nice ride!

No comments: