akmal's bike park

akmal's bike park

Friday, 30 July 2010

Smashed

My office mate Rizal (a regular RTW guy on Saturdays) wrote:
 
Semalam, 29 Julai 2010, jam 6 ptg, saya dikejutkan dengan panggilan dari jiran bersebelahan rumah yang kebetulan dalam perjalanan pulang dari kerja melalui persimpangan ke MMHE Lebuhraya Pasir Gudang. Terpandang kereta saya yang diletakkan di bahu jalan persimpangan berkenaan lalu menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan kereta saya dengan cermin pintu sebelah kiri penumpang hadapan telah pecah.
 
Saya bergegas ke lokasi di mana saya meletakkan kereta saya pagi semalam untuk meninjau. Setelah tiba, saya dapati cermin kereta saya telah dipecahkan. Setelah diperiksa, saya dapati set radio kereta saya telah dicuri. Meninjau lokasi sama, saya turut mendapati kesan serpihan kaca cermin kenderaan lain tak lebih 10 meter dari lokasi kereta saya. Ini bermakna, mana-mana kenderaan yang ditinggalkan di kawasan berkenaan menjadi sasaran utama penjenayah ini.
 
Perkara yang sering menghantui diri saya selama ini benar-benar terjadi akibat meninggalkan kenderaan di lokasi berisiko tinggi dan mengundang bahaya seperti pecah kenderaan, kecurian dan risiko dirempuh kenderaan yang dipandu laju di lebuhraya serta risiko dikenakan tindakan pihak berwajib. Sememangnya saya sedar bahawa tiada pihak lain yang akan bertanggungjawab di atas kejadian seperti ini selain pemilik kenderaan itu sendiri namun ianya masih boleh dielakkan sekiranya kenderaan saya diletakkan di tempat yang sering mendapat pengawasan seperti di parkir pekerja yang telah disediakan tapi oleh kerana parkir penuh, saya tak dapat berbuat demikian. Walaubagaimanapun, saya pasrah dan menganggap ini sudah ketentuan dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya juga bersyukur kerana hanya set radio kereta saya sahaja yang hilang dan bukannya kereta saya yang dilarikan.
 
Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperti Ismesali dan Ikram yang sudi menemankan saya sambil membantu mengemas dan membersihkan serpihan kaca yang bertaburan di dalam kereta. Saya juga ingin mengingatkan para pemilik kenderaan lain yang terpaksa meletakkan kenderaan di pinggir bahu lebuhraya supaya berwaspada. Berikutan keadaan saya yang masih lagi fobia, hari ini saya menunggang basikal ke tempat kerja.
 
***
 
Well, theft shouldn't be the reason for anyone to take up riding a bicycle to work. As I pointed out before, the parking lot problem at my workplace has gone bad. Currently there's a discussion on how to alleviate this problem, and hopefully good solutions would come out from it and implemented.
 
This is the second week I'm leaving my parking privilege to someone else whose circumstances are not as fortunate as I am.
 
As a note, Rizal uses the other toilet in the building adjacent to mine (our office is split into 2 areas), so there's never a case of shower booth contest between us.
:)
 
Have a great weekend, be it on the trails, on the road, or just at home.
Be safe, always.

2 comments:

en_me said...

teringat dulu ade kes kete parking kat tepi longkang maser me keje SDE.. dua2 tayar kena curik.. sakit ati kanns.. uhuhu

akmalhizam said...

en_me,
aritu pun ada jugak boss bagitau ada kes macam tu jugak. kesian lah kan, nak melaram pun susah.