akmal's bike park

akmal's bike park

Monday, 7 February 2011

06.02.2011 - Seri Alam Offroad: Kayuh-kayuh Cari Jalan

menenangkan (di Seri Alam, bukan Tenang)
 
SMS pada Panjang, katanya ada berkayuh seperti biasa. Cuma dia tak bagitau yang pengayuh tak ramai. Aku berkayuh dari rumah tak macam biasa ke Taman Scientex   biasanya santai, tapi sebab dah lambat, aku berlaju-laju siket.
 
Yang ada kat Ruza pagi tu tengah makan cuma Panjang, Reza dan Atuk. Hampeh... Tapi takpe, sekurang-kurangnya aku boleh bersarapan dengan selesa tak tergopoh-gopoh. 8.50 pagi, cuma kami bertiga berkayuh. Atuk tak turut serta, baru balik dari kerja syif malam. Hmm... rasanya ramai tak turun sebab tak sempat beli pelapik brek kot, penangan berkayuh di Adela minggu lepas.
 
Molek juga, maka kayuhan adalah berformat santai, dan mencari laluan yang belum pernah ditempuh. Aku? Misi aku untuk menguji kebolehan Trance. 13km beberapa hari lepas belum cukup untuk mengenal karakternya. Lantas, cadangan Panjang untuk menyelongkar denai yang belum ditempuh aku susuli dengan anggukan setuju.
 
Hasil dari hujan yang tak henti-henti sepanjang minggu lepas, lanskap alam berubah mengikut lumrah. Ada gelinciran tanah di satu kawasan, mendedahkan seni alam. Aku cukup kagum dengan ukiran dari aliran air yang membentuk lentok dan pusar di situ. Lama juga kami di situ melihat-lihat.
 
Ada beberapa juga pokok tumbang kami temui di sepanjang denai yang dilalui. Memaksa ubahan haluan. Yang agak menghampakan ialah apabila terlihat sebuah jejantas kini tidak lagi menghubungkan jalan. Memaksa lagi ubahan haluan, sesuai dengan format kayuhan. Sesi fotografi dan menikmati keindahan alam pun iye juga...
 
Daripada beberapa singletrack yang kami tempuhi, ada satu lingkungan yang aku sangat suka. Omputeh kata flowy technical singletrack descent. Taklah teknikal sangat pun, tapi memang flowy. Best!
 
Rantai aku putus semasa dalam perjalanan (pengayuhan) pulang. Dapatlah Panjang & Reza berehat lama sikit.
:)
Dan aku pun dapatlah akhirnya menggunakan pemutus rantai dari multi-tool Topeak. Ternyata mudah menggunakannya. Sangatlah sukanya aku.
 
Trance? Aku terasa berkayuh dengan lebih seronok. Meluncur laju menarah ke atas bukit. Tak berapa gusar dengan bonggolan dan lubang di sepanjang jalan. Cuma memang sifat aku berkayuh, turun downhill memang lembab. Reza dengan hardtailnya dok cucuk aku masa menuruni Badminton. Siut...
 
 
gambar yang sempat diambil di sini.

3 comments:

reza! said...

"Cuma memang sifat aku berkayuh, turun downhill memang lembab"

Ingatkan dah pakai maestro 5.0 downhill makin laju, kah kah kah.

warheadMR MoBiC said...

huhuhu..turun ke badminton..dulu mase kayuh kat sana..dah sampai bawah panjang ajak repeat..aku layan mmg best..

Akmal Hizam said...

Reza,
kena tengok lepas 2-3 ride pulak, cemana. ni rantai dah mantap, macam ok je.
hehehh...

Wahid,
mmg lazat badminton tu. jom ar, turun plentong lagi. ada jumpa singletrack flowy, tapi tak sehebat badminton tu lah.