akmal's bike park

akmal's bike park

Monday, 7 February 2011

Raksasa Berekor Lembut - Kayuhan Pertama

seksi, bukan?
 
02.02.2011
Seharian juga aku menyiapkannya, sebab memang santai sahaja (dan dibantu Umar, aprentis yang setia, sebaik sahaja dia bangun dari tidur. Banyak masa diambil kerana hos kabel penukar gear harus dibuat baru. Alhamdulillah, tiada kecederaan dompet mahupun anggota badan berlaku.
 
Tak banyak benda yang baru pada basikal ini, melainkan kerangka, handlebar dan batang pelananya sahaja. Selebihnya diambil dari Hollowpoint, dan FD dari Yukon. Tapi rasanya macam BB perlu ditukar baru. Kalau dapat warna merah atau biru anodised, cantik juga... Dah alang-alang menukar tu kan...
 
03.02.2011
Kayuhan 13km untuk menguji kebolehan, kekurangan dan keistimewaan. Juga untuk menala dengan lebih baik untuk kayuhan yang optimum.
 
Batang pelana aku letak pada mulanya 4cm lebih rendah dari sepatutnya, maka kayuhan terasa sangat memenatkan. Pabila dianjak tinggi sedikit demi sedikit, kayuhan semakin selesa.
 
Geometri kerangka rasa serasi, tidak pelik. Ada terasa seperti t-bolt juga terkadang, cuma tiada pedal bobbing. Aku masih lagi menyesuaikan diri dengan sudut headtube 69.5° yang agak condong berbanding kerangka XC 71°. Apapun, aku tak berasa kekok.
 
Datar
Agak memenatkan. Mungkin kerana berat? Berat keseluruhan binaan adalah lebih kurang 13 kg (ditimbang dengan bathroom scale sahaja). Tapi rasanya tidak, kerana Hollowpoint berserta Ibera Pakrak beratnya juga lebih kurang begitu. Tepat tekaanku, tayar depan dan belakang yang terlalu lembik (25 psi) membuatkan kayuhan terasa lembab dan memenatkan. 30-35 psi adalah lebih selesa, sambil memberikan cengkaman yang memadai.
 
Aku dapat berkayuh lebih selesa dengan kurang rasa sakit di bahagian belakang. Bonggolan dan lubang kecil sepanjang jalan datar diserap hentakannya. Tiada lagi terlambung-lambung.
 
Memanjat
Aku terpaksa menganjak ke hadapan sedikit di atas pelana untuk menyeimbangkan kedudukan badan. Mungkin kerana sudut batang pelana 73.5° yang membuatkan ia sebegitu.
 
Setelah semakin agak serasi dengan sifat geometrinya, memanjat bukit terasa sedikit lebih sedap berbanding biasa. Ini aku akui, dan sama seperti yang diperkatakan oleh pengguna sistem suspensi Maestro yang lain (Anthem, Trance).
 
Menurun
Tentunya terasa lebih sedap, habis semua lubang dan bonggolan aku ratah sebolehnya. Tetapi, tetap tak laju, sebab memang aku tak berapa mahir bab downhill ni. Yang ketara, aku rasa lebih selesa dan yang pentingnya, lebih yakin. Seronok? Semestinya. Menurun bukit sambil tersenyum lebar.
 
 
Secara am, keseluruhannya tiada apa yang aku tidak suka. Cuma perlu ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan geometrinya. Setakat ini masih lagi berhati-hati, terutamanya ketika di bahagian yang memerlukan kawalan teknikal di bahagian hadapan.
 
Satu perkara yang penting untuk dicatat di sini ialah FD untuk kerangka ini perlu menggunakan jenis low clamp, terpasang pada bahagian bawah seattube. Ini kerana FD high clamp akan berkedudukan di bahagian berliuk pada bahagian tengah seattube dan akan membuatkan sudutnya tersasar pada crankset. Nasib baik ada FD low clamp pada Giant Yukon sebagai penyelamat.
 
sedikit gambar di sini.

4 comments:

QQ said...

frame baru ka yOb...?

akmalhizam said...

MnM,
hehe... iye bang.
lazat.

Kuman said...

Menarik... Ini yang membuatkan aku makin teruja untuk memiliki Yukon / Anthem / Trace.... Edisi Giant berekor lembut.

akmalhizam said...

Kuman,
ha... sila... sila...
dah ada XTC tu, kawankan dengan anthem pun dah ok dah tu.
:)