jumaathari jumaat lepas, ada aktiviti
kayuh malam sekitar pasir gudang.
start 11 malam, pukul 2 pagi baru habis - habis makan roti bakar & minum teh tarik lepas kayuh.
maka sekitar 2.30 pagi baru aku sampai rumah.
5 pagi bangun sahur, pastu subuh, pastu sambung tido.
sabtusebab tak cukup tido, rasa pening-pening siket pagi tu.
rantai beskal SRAM PG-971 aku beli kat Fay melalui BBS dah sampai!
maka, lengkaplah drivetrain 'powered by SRAM' aku untuk T-Bolt. oops, tolak FD Shimano LX E-type tu je - tak boleh nak elak, SRAM tak ada komponen yang macam tu untuk digantikan. kalau idak, aku dah buru dah.
sebelum asar aku, Naza dan Marsya pegi ke perpustakaan kat bandar untuk pulangkan buku (aku sambung pinjam belum habis baca). lepas tu, pegi holiday plaza beli baju raya Marsya sebelum balik rumah.
esok harijadi Adam. aku dah niat nak belikan dia sebuah beskal. aku tak tau dia suka atau tidak. kalau aku bawak dia pegi Toys R' Us belikan dia jam Ben10 (sebut: "ben-ten"), aku pasti dia melonjak suka punya. tapi aku tak pandai nak beli hadiah plastik yang harga rm100 untuk budak umur 6 tahun. iye... harga mainan plastik tu rm100 bang...
petang tu aku sekeluarga pergi kedai beskal kat Masai.
kami angkut 2 buah beskal saiz budak, satu untuk Adam dan satu untuk Marsya.
harijadi Marsya awal bulan oktober. takpelah, sekurang-kurangnya Adam ada lah kawan untuk berkayuh sama-sama nanti.
lagipun, awal bulan okt tu aku pun tak pasti kalau $ masih ada lagi :)
melompat anak-anak aku bila akhirnya aku belikan sebuah beskal untuk seorang. suka rupanya diorang. Adam tak henti-henti cakap "Ayah, thanks for buying me the blue bicycle".
hehe...
aku rasa aku tau macamana perasaan diorang tu. aku pun penah rasa macam tu masa lepas tingkatan 3 dulu. tapi laen siket la, pasal aku pegi kedai singer kat simpang empat jalan kovil hilir/jalan sentul beli beskal 'racing' cap raleigh ngan abang aku je. ayah bagi duit soh beli sendiri.
hmmm... nanti lah, lain kali aku cerita siket-siket pasal cerita dulu-dulu.petang tu balik rumah dah nak maghrib dah. tapi diorang sempat lagi cuba-cuba berkayuh seminit-dua.
malam tu lepas aku balik tarawih, Naza ajak pergi Seri Alam berkayuh sekeluarga.
hehe... macam best tu.
aku pun sumbat 4 bijik beskal kat dalam avanza. 2 mtb, 2 beskal budak - siap roda tepi tu...
cuaca baik, dan kawasan tu pun tak banyak kereta lalu, boleh kira jugak le. kadang-kadang aje ada motor lalu.
maka, pertama kali kami sekeluarga berkayuh sepanjang jalan kat seri alam tu. ada laa dalam 1 jam kot.
aku tak ambik kira sangat statistik malam tu. sebab aku rasa happy kot. gambar pun tak ambik.
langkah seterusnya: kena beli alatan keselamatan untuk Marsya & Adam. lampu belakang lip-lap, pembalik cahaya, topi keledar, sarung tangan...
ahadpagi-pagi lepas subuh, aku mulakan kerja selenggara beskal-beskal aku.
mula-mula, pasang rantai SRAM tu dulu kat T-Bolt.
lepas tu, bersihkan rantai kat Schwinn & T-Bolt.
awal jugak budak-budak tu bangun pagi ni. lepas bersiap, terus diorang kayuh beskal pusing-pusing kawasan belakang rumah, sambil tengok-tengok aku kerjakan beskal.
aku ambik keputusan untuk alihkan Cateye Velo8 dari T-Bolt ke Schwinn. Setakat ni beskal tu yang lebih banyak bergerak (sampai T-Bolt tu dah bersawang dah).
Maka, kerja pemindahan pun dibuat. Tapi bila tengok balik, dah macam-macam benda alah aku letak kat Schwinn tu. Lampu la, lip-lap kat injap tiub tayar depan la, loceng la... uishh.. meriah semacam je... tu tak masuk dengan cermin pandang belakang yang aku cadang nak pasang jugak tu...
takpe lah, lantak le, beskal aku kan.
(pagi tadi - Selasa - aku pasang braket untuk kunci gelung beskal pulak kat batang tempat duduk Schwinn tu jugak... hahaha...)dah abis tu, aku kerjakan T-Bolt pulak - pasang alat kawal jauh untuk 'motion control' sepit udang RS Revelation 409.
agak leceh jugak, pasal kena baca buku panduan dulu (sebelum tu kena cetak dulu). dan, tuas yang Angah bagi kat aku tu tak sama dengan apa yang tertera kat dalam panduan tu. makanya, aku pun agak-agak sendiri aje la.
selepas dah agak lama nak fahamkan panduan tu, baru la aku tau serba-serbi pasal sepit udang tu. hebat jugak fungsi-fungsi dia rupanya...
tau la aku siket-siket apa itu floodgate dan fungsinya (RVLATN 409 tu guna internal floodgate).
dan, siap ada allen key 2.5mm tersorok kat penutup rebound adjuster kat kaki kanan sepit udang tu rupanya.
tambah sayang aku kat T-Bolt tu. bila laa nak pegi offroad lagi ek?
dah tengahari baru laa abis aku buat kerja tu semua. penat jugak seyy... tapi puas.
hujung minggu yang memuaskan.