akmal's bike park

akmal's bike park

Tuesday 19 January 2010

GA Cycling Fun Ride - 17.01.2010


Acara mtb pertama untuk tahun 2010 ni. Mula-mula tak terasa nak pergi - jauh tempatnya tu. Tapi tiba-tiba rasa macam menarik pulak, maka rancangan pun di atur. Lagipun ini dikira acara tempatan, maka siapa lagi nak sokong kalau bukan pengayuh tempatan, iye tak?

Asalnya nak tumpang Kadafi aje, malam tu rencana di ubah. Malas nak menghantar basikal dan alatan ke rumah Kadafi, dan malas nak menapak dari rumah ke tepi lebuhraya Pasir Gudang.

Gerak dari rumah dalam 6.15 camtu, sampai kat Air Tawar 3 tunggu Rizal dan berkonvoi ke Adela. Teruja punya pasal, aku termasuk simpang ke kilang sawit Adela. Patah balik (malu!) dan terus ke destinasi sebenar. Sampai sana dalam pukul 7.45 jugak. Ramai rider sudah/sedang setup basikal masing-masing. Aku nampak Panjang, Panjang nampak aku. Terus dia suruh kawan-kawan yang dok sibuk dengan beskal masing-masing lapangkan satu tempat parkir untuk aku. Fullemekk... macam VIP pulak rasanya. Aku tak perasan kalau Kadafi ada kembang-kembang hidung dia ke tidak. Terima kasih la untuk semua yang sudi kosongkan tempat parkir untuk kami.

Dah salam lebih kurang, aku dengan Kadafi turunkan beskal dan apa-apa yang patut. Lapar pulak rasanya, kena cari sarapan. Tapi apa-apa hal pun, kena daftar dulu, ambik nombor. Dah tu, sambung setup beskal. Penganjur dah sibuk panggil-panggil rider semua ke tempat mula. Aiseh... gua lapar lagi ni. Naseb baek ada gerai jual kuih-muih. Aku sempat la beli kuih keria, dapat 4 singgit. Murah tu! Kat JB dah pupus dah harga camtu.

Sempat jugak aku tolong Rizal pasang roda belakang dia. Rider baru pertama kali nak masuk offroad, kena tolong lah.


Pegi kat tempat mula tu, dengar taklimat pasal keadaan trail, penanda, water point, ucapan 2-3 orang, lepas tu ada baca doa, lepas tu kitorang start kayuh. Tapi sebenarnya masa ucapan tu, ramai (termasuk aku) dok sebok borak lah, amik gambar lah.

Trek XC yang ekselen
Kayuhan mula dalam pukul 9. Tak pasti berapa ramai, agaknya dalam 100 orang jugak. Lepas dalam satu km atas jalan, masuk ke XC track yang dibuat oleh rider tempatan, di sekitar kawasan takungan air (baca: bukit). Mula-mula dah kena panjat. Trek melingkar-lingkar, banyak tempat boleh buat jalan pintas. Tapi buat apa nak pintas, ini kan Fun Ride. Ikut aje lah, rasa trek kat tempat orang macamana. Memang teknikal. Siap ada drop lagi (tapi aku ikut chicken aje kat tepi tu). Yang sedapnya, penamat trek disaji dengan downhill siap ada bonggol satu, dan drop siket. Naseb baek aku kontrol hensem (sebab Joni tengah dok amik gambar), kot tak, sure dah tergelebak.

Tapi memang bagus lah, trek XC tu memang ekselen dan mencabar. Syabas orang Adela!

Plantation trail
Lepas tu, jalan tar semula dan masuk ke ladang kelapa sawit. Banyak turun bukit berbanding nak kena panjat bukit. Memang best. Cuma nak kena hati-hati sikit, pasal jalan berdebu, banyak batu gerewel (nota untuk orang putih: sila baca 'gravel') dan batu batu kecil.

Slalom course
Masih di dalam ladang kelapa sawit, tapi kali ni pokok rendah-rendah dan dedaunan melambai-lambai ke tengah laluan. Rasa macam lalu kat slalom course pulak. Syok. Tapi dah banyak sangat la pulak, rasa sakit jugak muka dok kena usap dengan daun sawit (kes malas nak elak-elak).

Water point
Meter dah tunjuk lebih kurang 20 km. Maknanya, dah nak dekat stesen air la tu. Tapi kena panjat bukit siket. Aku sampai kat situ, ramai dah rupanya yang lepak kat sana. Makan pisang sambil teguk air mineral sejuk dan ambik-ambik gambar. Aku lepak lama siket, atas alasan nak tunggu Rizal. Nak kayuh santai sama-sama pulak lepas ni (konon). Sedar-sedar, 2 botol 500ml aku dah balun, dengan 2 bijik pisang. Rizal sampai, ambik gambar lebih kurang, lepas tu sambung kayuh. Bertiga dengan Mansor. Santai.

Vast open trail
Memang la santai, kena lalu kawasan lapang, pokok sawit baru tanam semula. Dah pukul 11 masa tu. Nasib baik masa sebelum kayuh tadi dah lumur sunblock (bukan fair & lovely).

Pokok tinggi
Tak jauh lepas tu (tapi rasa lama), masuk ke kawasan sawit tua pulak. Pokok tinggi belaka. Redup, angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau bawak hammock, memang sedap lepak situ. Bila naik bukit, aku tinggalkan Rizal. Pastu tunggu dia. Pastu jalan semula. Pastu ada satu tempat tu aku tunggu punya lah lama, rupanya dia dah tersesat. Heheh... rider laju sangat la tu, tak nampak anak panah. Tapi rasanya lepas tu dia lebih berhati-hati, pasal ada sekali tu sekumpulan rider dok sibuk panjat bukit. Aku pun dok ikut jugak, tapi Rizal tak ikut. Dia dah nampak yang bukit tu bukan trail. Hah! Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.

The long climb
Tah masa bila tah, aku dah tak larat nak santai sangat. Nak laju aje (konon). Potong rider itu, potong rider ini. Lepas tu betis kanan sudah ada sikit mau krem. Layan cadence, low speed. Tiba pulak nampak ada jalan berpasir, dengan headwind lagi, panas pulak tu. Kat depan nampak ada sekumpulan rider tengah berehat (sambil mencungap?) kat atas bukit. Ingatkan diorang lepak kat atas bukit, rupanya di tengah bukit. Kayuhan diteruskan sambil layan krem yang dah menjangkit ke betis kiri pulak. Elok la tu, cadence dan ultra low speed. Pelan-pelan panjat bukit. Macam tak habis-habis.

Tapi akhirnya berjaya jugak aku naik ke atas. Maka aku pun hembus nafas lega. Tapi rupanya kat depan ada lagi. Sambung kayuh lagi, tak nak kalah, dan taknak krem. Gila ah, apa punya kerja ni...

Homeward bound
Aku pun dah tak ingat apa bentuk trail lepas tu, main kayuh aje. Dalam kepala dah ingat nak sampai aje. Tengok meter, tak bergerak. Rupanya sensor ada terkucil siket, tah masa bila tah. Ada la dalam 2 km kot. Dalam pukul 1 macam tu, aku berjaya sampai balik ke tempat mula, tanpa ada krem. Alhamdulillah. Kawan-kawan lain dah lepak-lepak makan nasik ayam, ada yang dah mandi bagai, aku layan sejukkan badan. Sambil minum sirap. Syok!

Overall, aku ucapkan tahniah pada penganjur, marshall, riders dan jugak penduduk setempat. Memang berbaloi aku travel jauh-jauh untuk event ni. Syabas! Ada event lagi, insyaAllah datang lagi.

Gambar-gambar yang sempat dirakam - di sini.

No comments: