akmal's bike park

akmal's bike park

Tuesday 19 October 2010

RTW 19.10.2010 - Intense Training... kunun...

Jambori ECC Burung Hantu cuma seminggu lebih aje lagi. Aku dah terlepas beberapa kayuhan offroad, dan tinggal satu weekend aje untuk offroad. Makanya RTW jadi sesi latihan intensif lah.
 
Semalam aku kayuh, hari ni pun kayuh juga. Hollowpoint with full knobbies on road. Hehehe... saja buat susah diri. Esok, lusa, tulat? Tak tau lagi. Ok juga kalau keadaan mengizinkan.
 
Bermula dari rumah pagi tadi, juga dek kerana dah lambat siket, aku kayuh agak intensif jugak lah. Dah tu pulak, ada segerombolan anjing dok lepak-lepak baek punya kat tengah jalan masa kat Taman Masai. Memang nak kena bersedia untuk sprint lah. Alhamdulillah, semuanya berkelakuan baik-baik belaka masa pagi tadi. Depa pandang buat tak tau aje masa aku lalu kat tepi diorang.
 
Hasilnya, aku sampai pejabat dalam masa 33 minit termasuk dengan waktu menunggu 2 lampu trafik di Pasir Gudang. Perrhhh... Penat siut... tapi puas.
 
Stats today:
Out from home

0709

 hours
Arrive office

0742

 hours
Door-to-door

33

 mins
Ride time

31'43"

 
Distance

23.4

 km
Ave. speed

12.43

 km/h
Max speed

39.0

 km/h
Odometer

5292.2

 km
Good doggies

7

 
Mode

Hollowpoint,

full knobbies
 
Terima kasih sudi berkunjung.
Dah daftar untuk Jambori ECC Burung Hantu?
Jumpa di sana, insyaAllah...

No comments: