akmal's bike park

akmal's bike park

Wednesday 9 June 2010

06.06.2010 - Green Cycle II Offroad

Ada seorang bos kat ofis pernah bertanya, "Kau selalu naik basikal kat mana?". Lantas aku jawab, "Offroad, banyak tempat jugak dah; kat KL pun ada jugak". Kehairanan, dia bertanya lagi "KL? KL ada hutan? Kau biar benar. Hutan batu kot."
 
Ada yang tak tahu rupanya, KL ada beberapa 'hot spots' untuk pencinta mtb dan juga penggiat rekreasi hutan. FRIM di Kepong salah satu darinya. Dan, sebab aku cuma sempat pergi ke FRIM aje setakat ni, maka ianya antara salah satu lokasi kayuhan feberet aku.
 
Hujung minggu lepas aku naik ke KL, angkut satu famili sempena cuti sekolah. Pagi-pagi hari Ahad sementara diorang sedap tidur, aku dah keluar menuju ke Kepong untuk kayuhan mini jambori Green Cycle II 2010.
 
Hajat tercapai akhirnya, untuk kembali berkayuh di FRIM setelah sekian lama. Kali ini lebih menarik, sebab rupanya penganjur dah sediakan laluan yang baeekkk punya. Banyak trail yang aku tak pernah tempuh. Maka, jadinya sebagai pengenalan jugak lah, walaupun agak kurang sesuai bagi aku, pasal terpaksa nak tempuh semuanya dalam satu sesi.
 
Jarak kayuhan cuma 27km (ikut meter aku lah), tapi mak aii... punya la teruk. Bukit punya lah banyak. Steroid dah memang ada dalam menu sajian lah. Yang tak tahan tu, nak kena pikul basikal naik ke kepala Pacat Trail selepas dakian jalan tar. Jangankan nak berkayuh ke atas tu, nak cari tapak untuk berpijak yang sesuai pun susah. Apa tidaknya, denai dakian licin dan curam. Maklumlah, aku rasa aku kelompok yang di belakang. Kenapa? Sebab aku antara yang lambat memulakan kayuhan pagi tu. Satu, sebab aku datang lambat (dalam lima minit jugaklah). Satu lagi, urusetia dok ding-dong sana sini bila aku bertanyakan pasal plet nombor aku. Tapi tak kisah, sebab aku masuk kayuhan bukan nak berlumba.
 
Sayangnya aku tak bawa kamera bersama. Memang dah niat tak nak dibawa sebab nak fokus pada kayuhan, dan cuba untuk menikmati keindahan hutan dengan pancaindera sahaja. Ternyata tidak menghampakan. Mata, telinga dan hidung dihidang dengan pelbagai panorama; kicauan burung dan cengkerik hutan senantiasa mengiringi kayuhan. Kesegaran hutan amat terasa, terutama di altitud yang tinggi selepas didaki dengan kederat kaki setelah rasa penat nak mampos.
 
Gila babas, entah berapa banyak bukit yang diorang masukkan dalam laluan kayuhan. Seingat aku: Steroid, Bukit Putus, jalan tar ke tangki air menuju Pacat Trail, Bukit Hari dan bukit-bukit lain yang aku tak tahu namanya. Nasib baik depa tak masukkan sekali Helipad. Tapi, agak terubat juga lah; mujur aku beranikan diri menuruni curam di permulaan Pacat Trail. Dan, aku rasa max speed tercatat pada meter masa aku turun 'no brakes' selepas Bukit Hari, dan jugak crusher runs pada Diplomatic Trail. Kelajuan tertinggi: 42 km/j. Kira boleh la tu.
 
Alhamdulillah, aku dapat tamatkan kayuhan walaupun ambik masa agak lama jugak lah. Mula kayuh 8.05 pagi, sampai ke padang tempat mula/akhir kayuhan dalam 12:30 tengahari - 4 setengah jam tu... Aku dapat tempat ke 220 dari entah berapa ratus tah. Keseluruhannya aku puas hati lah. Biasa lah, setiap penganjuran tu ada yang baik ada yang buruk. Aku salut dengan trail marking untuk ride ni. Dan marshall senantiasa ada kat tempat2 strategik. Ramai awek pulak tu, aku yakin ramai rider tak terasa penat, malah bersemangat...
 
Stats:
Dist: 26.8 km
Time: 2h 36m 18s (ha! 2 jam lagi pikul beskal dan melepak)
Avg: 10.2 km/h
Max: 42.0 km/h
 
Maaf, tiada gambar di ambil. Try tengok kat Cycling Asia ka, Cycling Malaysia ka, insyaAllah ada. Aku sempat posing beberapa kali masa orang ramai dok sebok snap gambar.
:)
 
Lepas ni kita kayuh kat hutan-hutan lain di KL iye...
wishlist:
KDCF (Joe, Dino: be my guide please)
Bukit Kiara

2 comments:

Joe said...

With pleasure. Call aku: 019 756 8246

Azemi Ali said...

Salam Tuan Akmal,

kami pun kayuh kat FRIM.

Mohon link kan blog kami www.drctim.blogspot.com

blog baru ..

TQ

Salam ukhwah
Harap boleh jumpa satu hari nanti di mana-mana jamboree.Terima kasih

Azemi
DRCT