akmal's bike park

akmal's bike park

Thursday 30 December 2010

boleh pergi ke tidak?

taklah jauh mana pun dari Pasir Gudang nak ke Adela tu, sebenarnya
 
Pagi semalam aku tengok kat senarai peserta yang dah mendaftar untuk GA MTB Ride 2011. Belum ramai lagi, cuma setakat 53 orang. Biasa lah tu, ramai yang akan buat keputusan saat akhir. Macam Plentong Epic Ride jugak, yang tersiar cuma lebih kurang 300, tapi masa pagi tu ada lebih 800 umat berbasikal.
 
Yang membuatkan aku teruja ialah nama aku dan empat makhluk yang mendaftar bersama adalah dari nombor 3 hingga 7. Dah tu, nombor 8 sampai 12 pulak kawan-kawan Pasir Gudang. Menariknya, semua tu dari nombor 3 sampai 12 tu semua brader-brader MMHE. Amacam? Aku cadangkan untuk jambori/race bermula dari tahun 2011 ni kita buat perubahan siket. Sapa yang daftar awal, ada dapat hadiah khas. Kalau boleh untuk 10, 20, bahkan 30 yang terawal mendaftar. Kalau tak dapat, untuk 6 yang terawal aje pun dah cukup bagus dah. Kan? Kann?
 
Tapi (ada pulak tapi tu...), aku secara peribadi ada sedikit masalah. Minggu lepas aku ikut rombongan meminang kat Pontian, pastu ada sedara belah Ayah jemput mulut, kenduri kawin anaknya pulak pada tarikh yang sama kat Plentong. Aaarrkkkk... terkesima aku kejap, sambil selamba je cakap 'aiseh... ada nak kena pergi Adela hari yang sama'. Boleh ke camtu?
 
Ada dua pilihan:
1. Lepak rumah, buat macam tak ada apa-apa, dan pergi kenduri pukul 12 camtu.
2. Pergi Adela, kayuh laju-laju tak hingat, besit balik rumah, mandi siap-siap semua bagai, pegi kenduri dalam pukul 3 camtu.
 
Untuk pengayuh tegar, semestinya pilihan nombor 2 tu la kan. Dari sekarang ni kena cargas berlatih lah nampaknya.
 
Harap-harap kalau ada VIP yang nak merasmikan kayuhan tu, mintak dapat datang awal dan lepaskan kami semua kayuh awal-awal ye YB Datuk/Dato'. Boleh kami balik awal. Dengar-dengar ada yang nak tuju ke gerai telur belangkas lepas kayuh tu.
 
Terima kasih sudi menyinggah.

2 comments:

Anonymous said...

so sweet.. my suggestion is.. tarik diri.. so, akan berkurang lah jumlah umat yg akan berkayuh...maka, secara x lgsg, akan mudahlah kayuhan terutamanya ms flag off... avoid traffic.. hehee.. anyway.. see u 2mrw.. :)

akmalhizam said...

Anon.,
hehe... dah sampai kat situ, hujan. rasa nak bail out. tapi dah sampai kan... kayuh je la.
how was your ride?